Monday, March 16, 2009

Manusia Menjadi Jahat Kerana Merasa Cukup


Membaca surah Al Alaq ayat6-7 " Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, kerana dia melihat dirinya serba cukup."


Memerintah selama 18 tahun, membuatkan kita merasa selesa, meyakini kitalah yang terbaik, gelombang rakyat sudah bersama dengan kita.


Akibatnya kualiti perkhidmatan kita kepada rakyat akan menurun. satu perististiwa yang menyentak hati saya apabila pimpinan gerakan Islam menghardik seorang wanita miskin yang dianggap 'tidak betul' yang kerjanya meminta-minta, cakapnya berbelit-belit, rumahnya sekejap di kota bharu, sekejap di pasir mas, sekejap di Rantau Panjang. Diberi beras, masih tidak cukup, diberi duit masih tidak cukup.


Melihat matanya berkaca dihardik, membuatkan saya meluat kebencian kepada mereka yang mengunakan slogan "Kelantan Tempat Istirehat Orang Miskin'


Ayat 10 Surah Adhuhaa " Dan terhadap orang yang minta-minta maka janganlah kamu menghardiknya."


Saya secara peribadi lebih mempercayai kata-kata orang miskin daripada apa yang keluar daripada mulut politikus.


Nabi tidak pernah menghardik orang miskin, tatkala sahabatnya yang miskin meminta buat kali ketiga, nabi memberinya peluang pekerjaan, modal berupa kapak dan khidmat nasihat perniagaan.

1 comment:

Anonymous said...

Melayu perlu buang malu dlm berniaga. jauhkan perasaan niaga kecil2, grai2 tepi jalan. Bersatu, bina empayar perniagaan. Buat strategi... modal, kerajaan ada sediakan menerusi agensi2nya.

View Profile: Rantong™