Sunday, February 26, 2012

Teknik Permaculture Menghasilkan Nutrien

Bicara tuhan dalam quran menyatakan tanah yang baik menghasilkan pokok yang baik. Lantas bagaimanakah kita menghasilkan tanah yang baik?

Teacher Mustafa Fatih Baqir mengajar saya teknik sebagaimana gambar disebelah. Pelbagai pokok ditanam dengan penyusunan lapisan ketinggian, bagi menghasilkan kepelbagaian nutrien dan keseimbangan pencahayaan matahari juga pengairan.

Sumpah sumpah tuhan dalam quran, seperti demi masa,bumi,langit,matahari dapat diperhatikan dalam kaedah permaculture ini.Pengetahuan yang mendalam akan sumpah tuhan ini, akan membantu kita menghasilkan tanah dan tumbuhan yang baik.

Buat Baja Sendiri

Sekarang ini musim mesyuarat agung unit peladang di kawasan Bachok. Setiap kali saya turun bertemu dengan para petani di kampung kampung, sering saya mendengar keluhan mahalnya harga baja dan racun.

Alangkah baiknya jika para petani ini diajar ilmu mandiri, bahawa selain dari membeli baja dan racun yang mahal di pasaran, mereka boleh membuat baja dan kawalan serangga secara mudah,murah,selamat dan berkesan.

Gambar disebelah saya ambil untuk rujukan pembaca bagi membuat baja cecair organik. Ianya saya rakam saat menghadiri lawatan kerja exco pertanian Kelantan ke Pusat Kecemerlangan Organik Jabatan Pertanian di Melor Kelantan.

Terima kasih kepada guru organik saya puan Zainab yang telah menimba ilmu organik daripada gurunya di Korea Selatan. Guru Koreanya yang sudah berumur 80 tahun masih sihat kuat dan mampu makan durian bukan 10 ulas, tapi 10 biji durian sekaligus,tanpa sebarang masalah kesihatan.

Kursus Permaculture


Terima kasih kepada YB Dr Zulkifli Ahmad ahli parlimen Kuala Selangor dan juga YB Dato' Husam Musa Exco Kerajaan negeri Kelantan yang telah membantu saya hadir mengikuti Kursus Permaculture.

Ianya mengambil masa selama 2 minggu bertempat Kg Kuang,Kuala Selangor, melibatkan 15 peserta daripada Australia,Singapura,India,Bangladesh,Amerika,Pakistan dan juga Malaysia.
Kami diajar oleh teacher Mustafa Fatih Baqir daripada Turki.

Secara mudah Permaculture adalah kaedah mengoptimumkan sumber sedia ada. Sebagaimana gambar lakaran sebelah menunjukkan teknik permaculture yg menggunakan lapisan kertas, rumput,ranting dan juga batang pokok.

Ianya juga memperlihatkan teknik penjimatan air, kaedah memanfaatkan hidupan seni, serangga dan tumbuhan bagi menjayakan penghasilan sumber makanan yang baik atau toyyiban

Projek Organik Anak Angkat DO

Komitmen kerajaan negeri Kelantan terus konsisten dalam menjayakan pertanian adalah ibadah.

Baru baru ini, bertempat di kampung saya, Kg Wakaf Aik, Tawang Bachok, Dato' SUK dan ketua jajahan Bachok telah melancarkan projek anak angkat DO bagi menjayakan projek pertanian organik yang melestarikan alam dan meningkatkan jatidiri para petani.

Projek ini bakal mengubah kaedah pertanian sekarang yg terlalu bergantung kepada baja racun kimia yg membunuh, juga mengurangkan pergantungan petani kepada kerajaan dan syarikat.

seramai 11 peserta terlibat, moga moga mereka ini berjaya membebaskan para petani lain dari menjadi mangsa eksploitasi dan penindasan para penzalim.