Wednesday, October 31, 2012

Petani Yang Diracuni

Sesudah mengikuti kursus pertanian organik di Jabatan Pertanian Melor, saya singgah ke rumah seorang petani sara diri.  Beliau menanam lada sekeliling rumah.

Tangan dan lengan beliau saya lihat menggerutu kesan penggunaan racun pertanian.  Saya melihat bekas-bekas racun yang digunapakai.

Kesian sekali dalam usaha beliau untuk mencari nafkah, terpaksa mendedahkan diri kepada bahaya.  Beliau bukan sahaja meracuni serangga bahkan meracuni diri sendiri.

Kesan Pengurusan Air Pada Perkembangan Padi


Antara perkara terpenting dalam penanaman padi SRI adalah pengurusan air.  Gambar berkenaan menunjukkan bagaimana keadaan padi yang dibiarkan tergenang lama dalam air.

Kebiasaan hasil SRI di Tunjong, serumpun sebesar dua cekak,kira-kira 80-200 anak padi.

Dalam keadaan ini secara purata hanya 20 anak padi dapat diperolehi.

Memahami sifat padi sangat penting dalam menjayakan teknik penanaman padi SRI.

Guru saya mengajar , sebagai penanam padi, kita perlu mengikut kehendak padi BUKANNYA padi mengikut kehendak kita.  Moga dengan mendalami sifat padi membuatkan kita lebih mengenal tuhan.