Friday, November 5, 2010

Jadilah Iskandar, Jangan semuanya nak jadi Aristotle


Iskandar Zulkarnain menurut riwayat merupakan murid terbaik Aristotle. Gurunya adalah ahli falsafah termasyhur, ia pula sosok yang berjaya sebagai pelaksana kepada falsafah pemerintahan Aristotle.


Saya melihat banyak falsafah pemerintahan yang dibawakan oleh tok guru, tetapi ramai yang hanya menjadi pemuja dan pengikut yang taasub. Ini berlaku dalam muslimat juga nisa, apatah lagi rakyat biasa.

Tidak ramai berusaha untuk melaksanakan falsafah pemerintahan tok guru. Sebagai contoh, dalam hal Pertanian Adalah Ibadah, berapa keratkah mereka yang mengikuti pengajian dan usrah tok guru, akan memimpin perubahan pertanian di Kelantan, sekurang2nya.

Tidakkah kita mengimpikan satu masa nanti Kelantan merupakan negeri pertama di Malaysia yang bebas daripada racun dan bahan kimia. Tanaman di Kelantan terkenal dengan tanaman terbaik hasil daripada para petani yang warak dan juga sistem yang warak.

Justeru saya mengajak mereka yang menyanjung Iskandar Zulkarnain, mengapa tidak kita melaksanakan falsafah aristotle. Jadilah pemimpin kepada dasar pertanian adalah ibadah. Tok Guru sebagai ahli falsafah, kitalah pelaksananya.

Carilah Tuhan Disebalik Akar Padi



Sering kita juga mudah untuk kita lontarkan pemimpin A ini rasuah, pemimpin B ini pulak korup. Nanti dulu, adakah kita yang terlibat dalam pertanian tidak sama jahat dengan mereka itu.

Mana mungkin kita ini baik, jika kita terus membeli sayuran menggunakan racun yang merosakkan alam. Apatah lagi jika kita membeli sayuran yang dikeluarkan oleh mereka dipuncak pergunungan yang menyebabkan sungai Kelantan warnanya kuning teh susu.

Aku ditemukan tuhan, seorang manusia bernama Pak Aed, ia ku hormati kerana kejujuran dan keilmuannya. Dialah yang menemukan aku dengan tuhan disebalik akar padi. Apabila kulihat tuhan di akar padi, mana mungkin aku sebagai manusia boleh berbicara dan memandang dengan mata setan, apalagi jika perbuatan yang dilahirkan bersifat merosak.

Lalu sayuran yang kita makan, nasi yang kita nikmati, punyai pengaruh ketuhanan dan setan didalamnya. Tidak cukup bismillah menandakan kita makan bersama para malaikat.

Belalah Para Petani Yang Tertindas


Saya diadu bagaimana sebahagian para petani dinafikan pemberian baja subsidi kerana fahaman politik yang berbeza. Lalu mereka ini saya aturkan kursus membuat baja organik. Gunakan lebihan dan bahan buangan yang ada.
Lalu saya memberi semangat perjuangan buat mereka. Kenapa kita rakyat perlu terlalu bergantung kepada pemerintah. Kenapakita terlalu terhegeh-hegeh meminta-minta kepada kerajaan.
Petani-petani daripada Pasir Puteh itu saya bawa ke taman organik. Disitu kami membicarakan falsafah ketuhanan. Hubungan alam, manusia dan pencipta. Ilmu teknik pembajaan juga diajar rapi. Moga-moga ianya dapat dimanfaat bagi menjaga maruah diri dan menyuburkan penghasilan pertanian.

Sempitnya Slogan Pertanian Adalah Ibadah


Apabila Tok Guru memulakan slogan kerajaan negeri Kelantan 'Pertanian Adalah Ibadah'. Saya sering meneliti apakah pengisian terhadap slogan tersebut. Tafsiran dan kempen juga tidak saya lupa untuk perhatikan.


Setelah bertahun ia menjadi dasar kepada kerajaan negeri Kelantan, rupanya visi tersebut sangat sukar diterjemahkan. Rakyat kelantan masih ramai yang memusnahkan alam, tanah, haiwan, serangga dan tumbuhan tanaman terus diracuni.
seolah-olah kita hanya memahami bahwa Pertanian Adalah Ibadah hanya membawa maksud apabila masuk waktu solah para petani peladang hendaklah bersolat, atau hanya terbatas pengertian bertani adalah juga ibadah, satu pekerjaan yang mulia disisi tuhan, simplistik sangat!
Dan itulah yang saya perhatikan tafsiran yang keluar daripada sebahagian pimpinan parti dan kerajaan. Mereka gagal memahami kehidupan itik-itik yang memerlukan air yang bersih untuk kehidupan mereka. Lalu jika kehidupan itik tidak mereka renungi, apakah nasib manusia tidak mereka pertaruhkan.