Monday, March 14, 2011

Bengkel KeArah Kehijauan


Sukacita dimaklumkan tim daripada Persatuan Penguna Pulau Pinang (CAP) bersama Sunnah Tani Sdn Bhd akan menganjurkan Bengkel Ke Arah Kehijauan pada Sabtu 19 Mac 2011, 9 pagi-2 petang di Taman Organik Tunjong Kota Bharu Kelantan. Semua peminat organik dijemput hadir.
Bengkel ini khusus mendidik para peserta kepentingan organik, teknik membuat baja organik dan juga membuat bahan penghalau serangga secara alami yang akan disampaikan oleh aktivis CAP.
Dalam bengkel berkenaan juga, saya akan berkongsi pengetahuan teknik tanaman padi organik SRI.
Bengkel adalah percuma. Bagi memudahkan pihak kami membuat persediaan program sila sahkan kehadiran dengan menghubungi saya, Salwati 017 926 5257.

1 comment:

Srikandi Umar said...

Salam. boleh tahu, jika ada, siapa merasmikan bengkel? kalau ada exco/wakil rakyat, boleh pihak Buletin Darulnaim buat liputan. trm kasih.