Wednesday, December 31, 2008

Selipar Happy Si Miskin


Dalam program ziarah ke Kg Paloh Bukit Tuku, Rantau Panjang, Kelantan, saya bertemu dengan 'utusan tuhan'. Keluarga miskin ini menyediakan peluang membuat pahala dan risiko terjerumus dalam dosa. Tuhan menghantar orang miskin ini, untuk menguji keimanan saya.
Saya sempat merakam gambar selipar yang dipakai oleh salah seorang anggota keluarga yang diziarahi itu. Sebelah kiri diikat dengan dawai, sebelah kanan diikat dengan perca kain. Selipar itu seolah-olah menampar muka saya, kerana selipar happy si miskin itu, adalah sebenarnya tanda dosa-dosa saya.

2 comments:

Jamal Azhar said...

... sebenarnya mencerminkan dosa masyarakat pada amnya, tinggal lagi puan tidak tergamak mengatakannya.
... saya harap puan tidak keberatan 'meminjamkan' foto berkenaan untuk paparan di blog saya. bagaimanapun artikelnya saya linkkan ke blog puan.
salam..

salwati said...

Dialu-alukan En Jamal Azhar, tq