Wednesday, December 31, 2008

Boikot KFC


Kalau tidak silap saya KFC adalah antara ratusan produk yang tersenarai dalam kempen boikot oleh aktivis Islam. Namun pada 25 Disember lepas, meraikan adik-adik nisa ( Wan, Maznah dan Aini) yang menjadi tetamu saya, kami menjilat jari di KFC KB Mall. KFC adalah merupakan produk halal yang diiktiraf oleh JAKIM. KFC juga merupakan perniagaan yang dibenarkan beroperasi oleh kerajaan PAS Kelantan. KFC juga merupakan antara pilihan saya untuk makan bersama adik-adik nisa. Selain KFC, KL Fried Chicken dan Eddy Fried Chicken juga menyediakan hidangan yang tidak kurang sedapnya. Menghadapi isu boikot KFC, saya membuat pilihan untuk terus masuk KFC , mempertingkatkan belian di KL /Eddy Fried chicken, menyokong kempen boikot secara jangka panjang. Adakah saya berdosa makan di KFC ? Soalan yang sama boleh ditujukan kepada para pimpinan gerakan Islam yang berkuasa membenarkan cawangan KFC terus tumboh di setiap bandar di Kelantan. Agama orang bawah adalah mengikut agama pemimpin.


3 comments:

afiq manaf said...

ini sudah iklan percuma..jangan mare

Anonymous said...

Dengan 5 jari yang dimiliki ukuran dan saiznya yang berbeza,jasad keseluruhan tidak dipertanggungjawabkan andai minda dan jiwa berkonflik.

Di dalam unit keluarga yang kecil juga pembuat keputusan terletak sepenuhnya di tangan pemilik kuasa beli.Sekurang-kurangnya dengan diberi pilihan,yang tidak ada kuasa beli juga dihormati.

tok pulai chondong said...

salam,

tiada alasan untuk perjuangan Islam............

Bukan pemimpin yg menjadi isu, tapi isunya adalah kemanusiaan sejagat.

jngan lari drp isu...kecik hati sy kerana kak salwati masih gmbira tayangkan gambar kak di KFC, sewaktu duni menangis dgn Palestin..setting mode yg tak kena....