Saturday, May 2, 2009

Mengendalikan Kes Ibu Mengandung Anak Luar Nikah


Buat makluman semua, Jabatan Kebajkan MAsyarakat (JKM) ada menyediakan pusat perlindungan wanita hamil anak luar nikah di Perak. Manakala pusat perlindungan anak luar nikah pula berada di Kuantan. Pengalaman saya mengendalikan kes ibu mengandung anak luar nikah, melalui Nisa Resources (NR) :

1. Masih banyak hospital/ klinik kerajaan enggan menerima kes ibu mengandung anak luar nikah. Pihak saya telah pun membuat aduan, terhadap keengganan beberapa hospital dan klinik menerima kes begini.

2. Masih ramai ibu-ibu yang mengandung anak luar nikah tidak mengetahui pihak-pihak yang boleh membantu mereka menyelesaikan permasalahan mereka.

3. Kebanyakan kes-kes sosial ini akibat daripada institusi keluarga yang rapuh, ibu -bapa mereka bercerai.

4. Sebagai aktivis Islam, perlu kita memandang mereka yang terlibat dengan pandangan yang belas dan tanggungjawab. Biarkan hakim yang menjatuhkan hukuman. Biarkan pencegah maksiat yang menangkap. Biarkan pendakwah mendakwahi mereka. Sebagai aktivis, kita perlu aktif mengendalikan hal-hal sebegini. Dan sebagai wanita jangan kita biarkan kaum kita terus menjadi mangsa buaya-buaya yang berkeliaran diluar sana.


Saya berpandangan, di masa hadapan aktivis nisa' mahupun dewan muslimat PAS, perlu mempunyai pusat perlindungan masing-masing. Adalah tidak cukup kita sekadar mempolitikan permasalahan sosial, tanpa aksi yang nyata.

1 comment:

Nik Fauziah Nik Hussin said...

Sepanjang hampir 16 tahun bekerja dengan mjlh Muslimah, saya berkesempatan beberapa kali mengunjungi pusat perlindungan bagi gadis yang hamil anak luar nikah. Saya pernah mengunjungi rumah seri puteri, raudatussakinah dan juga kewaja. Tapi jemaah kita tak ada rumah sebegini.
Rasanya high time untuk kita fikirkan.. Saya setuju dengan pandangan enti..