Friday, January 2, 2009

Jenazah muslim dicampak dari udara ke hutan Greece


Pertengahan tahun lepas, saya menghadiri persidangan aktivis-aktivis wanita sedunia di Tehran, Iran. Antara delegasi negara yang hadir adalah daripada Afghanistan, Argentina, Autralia, Azerbaijan, Bahrain, Belanda, Burkina Faso, Chile, Columbia, England, Gorgestan, Greece, Guinea, Indonesia, Iran, Iraq, Jepun, Jerman, Kenya, Lubnan, Malaysia, Pakistan, Sudan, Tanzania dan Turki.


Acara persidangan selama seminggu meliputi ceramah umum, lawatan, pembentangan daripada wakil-wakil negara masing-masing dan mesyuarat meja bulat.


Pada kali ini saya ingin berkongsi input mesyuarat meja bulat, yang disampaikan oleh wakil Greece, Puan Eleni Flotaki, beliau yang asalnya merupakan kristian protestan, baru memeluk Islam.


Beliau merayu bantuan sokongan daripada aktivis Islam, untuk memberi tekanan kepada kerajaan Greece supaya dapat memberikan hak kepada golongan minoriti Islam di Greece mendapatkan tanah perkuburan. Sehingga kini jenazah muslim diangkut menggunakan helikopter, yang kemudiannya dicampak dari udara ke bahagian utara hutan Greece. Pastinya pelbagai kemungkinan buruk menimpa jenazah muslim apabila dicampak sedemikian rupa. Mungkin bagi kerajaan Greece jenazah muslim hanya layak dilayan sebagai bangkai untuk dilahap oleh serigala dan binatang buas dihutan.

1 comment:

Unknown said...

Ya Allah! Dahsyatnya ujian utk mereka, mati pun dianiaya juga. Kita sememangnya perlu bersyukur sesangat dan juga perlu banyak berdoa untuk kesejahteraan saudara kita di negara lain yang sengsara & sbgnya.