Friday, January 2, 2009

Pelajaran daripada Usrah Perhubungan PAS Kelantan


Tadi malam saya menghadiri usrah perhubungan di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan. Ada beberapa pelajaran yang ingin saya kongsi dengan pengunjung.


Pelajaran pertama: Ustaz Ismail Noh telah menceritakan kisah seorang sahabat yang solat dibelakang Ali dan Muawiyyah. Beliau menyebut betapa tenang dan khusyuk apabila beliau bermakmum dengan Ali, manakala merasa tidak tenteram bila bermakmum dengan Muawiyyah, walaupun begitu beliau dilimpahi dengan kesenangan dan harta bila bersama Muawiyyah. Lantas beliau bertanya Ali Pada siapakah dia patut ikut, kamu (Ali) atau Muawiyyah? Dijawab oleh Ali, Ikutilah kebenaran.


Pelajaran kedua: Husam Musa menekankan kepentingan membina generasi pelapis yang berwibawa dalam PAS. Beliau menyebut contoh bagaimana kemajuan dalam DAP yang mempunyai tokoh-tokoh muda awal 20an dan 30an yang sangat berpotensi. Tokoh-tokoh muda DAP ini menjadi rutin banyak membaca buku, melakukan kajian, dan senantiasa online. Beliau juga menekankan kepentingan penggunaan teknologi semasa dengan membawa contoh kemenangan Obama, penggunaan Blackberry dan email. Dan beliau mengingatkan kepada ahli usrah untuk mendepani dalam hal ini.


Usrah perhubungan sesungguhnya, memberi kesegaran dan input yang sangat berguna kepada saya.


1 comment:

Unknown said...

pimpinan PAS dah semakin terbuka dengan kemajuan teknologi namun, tidak sekali-kali meninggalkan sirah nabawi yang mempunyai banyak pengajaran dan panduan untuk kehidupan sampai bila-bila.