Thursday, January 1, 2009

Asyura & Makam Hussein r.a.


Bersama YB Zailah, Ahli Parlimen Rantau Panjang, yang juga boss saya, kami melawat masjid Hussein, di mesir, tempat bersemadinya kepala cucu nabi yang dipenggal. Ketua pemuda syurga ini dipenggal kepalanya oleh mereka yang mengucap syahadat, mereka yang solat juga berpuasa.

Saya masuk kedalam masjid berkenaan dan bertakafur disisi makam ketua pemuda syurga. Air mata saya menitis mengenang perjuangan Hussein. Saya mengenangkan Ali Zainal Abidin yang kehausan di medan karbala, akibat kepungan tentera Yazid ke atas 72 cucu keluarga nabi. Dan saya mengenangkan anak kecil Sukainah yang meratapi pembantaian keluarganya di depan mata.

Rakan rombongan menegur, kenapa saya menangis? Saya menjawab ringkas, saya mengingati apa yang berlaku kepada keluarga nabi.

Ayat 23 Surah As-Syura yang bermaksud "Katakanlah wahai Muhammad;"Aku tidak meminta upah kepada kalian dalam dakwah ini melainkan kecintaan terhadap keluargaku."

Hari Asyura, 10 Muharram ini marilah kita berpuasa dan menangis ke atas pengorbanan Hussein, tragedi Sabra Shatilla Palestin, mangsa peperangan rogol Bosnia dan pembunuhan di Pattani. Ambillah masa sekurang-kurangnya sehari setahun sebagai hari tangisan dan hari kesedihan kita. Bukankah kita sebenarnya, mengengkari pesanan nabi supaya lebihkan menangis, kurangkan ketawa.



2 comments:

Unknown said...

Menangis atas dasar dosa pada Tuhan jua kesedihan pada umat Islam yang diburu peluru zionis. Mengenang di mana kita berada sekiranya kita dihidupkan di masa itu. Bukan hanya memilih pada hari tertentu dan bulan tertentu tapi pada hari-hari dalam hidup ini. Jangan terlalu menggagung sesuatu kumpulan dengan tiada ilmu tapi bersederhana dalam mengamalkannya.

Unknown said...

baca drmaza http://drmaza.com/home/?p=536#more-536
nilai lah di mana kita berada ta'sub pada sesuatu mazhab (melampau)???