Tuesday, September 24, 2013

Labah Labah Kawan Pesawah

Semakin banyak labah labah di bendang, semakin menunjukkan bendang yang diusahakan semakin baik.  Beberapa tahun yang lepas para pesawah di Kg Jembal Kelantan sukar untuk melihat sang labah labah di bendang mereka.  Kerana mereka sendiri meracuninya.

Kawan sendiri diracuni.  Padahal sang labah-labah cukup membantu para pesawah memakan serangga yang boleh menjejaskan hasil padi.

Di Kg Jembal, Kelantan, saya mula mendidik para penanam padi disana bagaimana berkawan dengan makhluk yang melingkungi padi.

Di Kg Jembal, para petani disini ditindas oleh mereka yang masih berkuasa tetapi ditolak rakyat dalam pilihan raya.  Akibat tidak dapat menerima keputusan rakyat, sebahagian penguasa membalas dendam, menyekat subsidi baja.

Saya mengajar para petani disini membuat baja sendiri, bagaimana mengawal serangga dan bagaimana melawan pemerintah yang korup. 

Pada satu petang beberapa petani yang ditindas ini bertemu saya menyatakan gembira melihat padi mereka hijau dan penuh dengan labah-labah.   Mereka adalah mangsa yang masih mampu senyum dan mula berkeyakinan pada diri mereka sendiri. 

Tentera labah-labah ini akan membantu mereka menghasilkan padi yang baik dan melawan mana-mana pemerintah yang zalim.

No comments: