
Walaupun kita sering baca dalam metro berkenaan segelintir agensi pencegah maksiat yang turut tumpang sekaki dalam kegiatan maksiat, namun pengalaman saya mengendalikan kes-kes wanita di Kelantan, membuatkan saya mula mencium gejala-gejala penyalahgunaan kuasa oleh lelaki-lelaki yang bertugas sebagai pencegah maksiat, rupanya berlaku di sekeliling saya.
Kebanyakan mereka ini mempunyai akhlak yang buruk, tapi pandai menggunakan ayat-ayat yang memikat perempuan, sering berlindung dengan perkataan "tolong". Mereka juga punyai hubungan yang baik dengan golongan 'atasan'. Ada yang berselindung dengan kopiah dan ayat-ayat alquran yang selalu terpacul dari mulut.
Justeru saya ingin mengajak aktivis-aktivis wanita untuk tampil kehadapan. Kita perlu kehadapan dalam menyelesaikan masalah para wanita. Jangan lepas tangan, kaum lelaki membantu masalah kaum wanita, kerana ianya banyak mengundang masalah yang lain.
kak ti, nisa' akan ada skuad pencegah nnti..keahliannya adalah ahli nisa' yg berminat..nnti kita sama2 bentangkan kertas kerjanya...
ReplyDeletesiru 'ala barakatillah