Friday, October 23, 2009

Bantuan kepada Ibu Mengandung Anak Luar Nikah


Dalam mengendalikan kes ibu mengandung anak luar nikah, terdapat 8 aspek bantuan yang saya beri:

1. Menghubungkan kes dengan agensi kerajaan berkaitan seperti JKM, Polis, Pejabat Kadi, One Stop Crisis Centre (Hospital terpilih) dan pemimpin masyarakat setempat.
2. Menyediakan tempat perlindungan sementara.
3. Menyiapkan keperluan ibu untuk menghadapi saat kelahiran.
4. Membantu keperluan saat bersalin sehingga habis tempoh pantang.
5. Membantu si ibu mendapatkan pekerjaan.
6. Menyelesaikan kes dengan keluarga kedua-dua pihak( Keluarga perempuan dan lelaki)
7. Membantu mendapatkan keluarga tumpang @ angkat jika si ibu enggan memelihara anaknya.
8. Membantu si ibu mendapatkan jodoh

Antara tekanan yang dihadapi oleh si ibu adalah bagaimana menangani perubahan dalam dirinya. Ini bermula dengan perubahan fizikal apabila kandungan mula membesar. Kebiasaannya si ibu akan cuba menutupi masalah dengan melarikan diri daripada anggota keluarga atau tindakan lebih kejam cuba membunuh kandungan dengan menggugurkan kandungan.

Nasihat saya jika mana-mana perempuan yang menghadapi masalah ini, pertama sekali kembalilah kepada kasih sayang dan ampunan tuhan. Ambil masa untuk menenangkan diri, jangan ada putus harapan daripada kasih sayang Tuhan, pintu taubat senantiasa terbuka, pergilah cari pelukan Tuhan dalam solat, doa dan zikir. Bercakap lah dengan tuhan, tiada siapa yang memaksa anda bertaubat, biarlah penyesalan tumbuh dari hati anda yang tulus.

Kedua, adu masalah anda kepada keluarga anda, Ibu, ayah, abang dan kakak, bapa/ibu saudara atau orang yang anda percaya boleh membantu anda. Namun ingat jangan terjerat dengan lelaki yang berupa malaikat, pertolongan dihulur umpama umpan. Ambil masa anda yang sesuai untuk menyatakan perkara yang berlaku, bina kekuatan untuk menyatakan apa yang berlaku kepada keluarga terdekat.

Ketiga, jika anda tiada kekuatan untuk mengadu kepada keluarga, carilah pejabat JKM Daerah, minta bertemu dengan kaunselor atau dengan pegawai akhlak. dan untuk tambahan jika anda perlu bantuan , boleh menghubungi saya melalui emel salwatinisa@gmail.com. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mempunyai sebuah rumah perlindungan khusus untuk Ibu Mengandung Anak Luar Nikah iaitu di Batu Gajah, Perak.

22 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalam...Puan sya ingin bertanya...sekiranya si ibu mahu melahirkan Bayi dn menyerahkn kpda keluarga angkat , adalah perlu membuat bayaran sebelum bersalin & selepas bersalin ?

    ReplyDelete
  5. Dan sekiranya WANITA yg nk melahirkan itu umur 18tahun...pihak puan tidak akn ambil tindakan utk menahan @ mehantar ke pusat pemulihan kn?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...saya ingin mengambil anak angkat ... Jikalau ada .. Boleh x hubungi saya ...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..saya leni..sy dh brkahwin 6 thn dan ingin mencari ank angkat jantina perempuan yg bakal dilahirkan atau baru dilahirkan.. boleh call atau whatsapp sy di no 0129390778

    ReplyDelete
  8. Saya cari anak angkat, dah 18 thn berkahwin tiada anak
    0105251789

    ReplyDelete
  9. Saya sekarang hamil luar nikah..umr sy skrg 34thun.sy dtggl prg oleh llki yg ptut brtnggungjwp,,sy buntu dh trlmbt utk sy ggurkn kndgn ni..kmgkinn kndgn sy ni dh mncecah 5/6 buln sy xpasti sebb sy blm mmbuat ape² pmeriksaan...sy nk cr kluarga angkt yg blh mngambil dn mnjga sy smsa dr msa sy mngandung smpi sy hbis pntang..dn dpt mmbri sy wang utk mmulakn khidupn sy nnt..sy btul² buntu skrg ni xtau nk buat ape...sy dh kcewakn mak sy,sy dh xsggup nk tgk muka mak sy yg btul2 kcewa dgn sy..sy nk kuar dr umh ni tp xtau kmn arah tuju sy nk prg..ada yg sdi mmbntu sy x?

    ReplyDelete
  10. Assalam....apakah persediaan atau prosidor yg diperlukan sebelum memasuki pusat penjagaan ini memandangkan masih dalam wabak covid 19 lagi.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum..saya leni..sy dh brkahwin 6 thn dan ingin mencari ank angkat jantina perempuan yg bakal dilahirkan atau baru dilahirkan.. boleh call atau whatsapp sy di no 0129390778

    ReplyDelete
  12. Mcmna sy nk bw ank sy yg berumur 26 thun yg dh terlanjur & mengandung luar nikah

    ReplyDelete

  13. Assalamualaikum puan ..Apa prosedur untuk daftar masuk ke pusat bantuan ni?
    sy ada kawan yg sedang hamil ,dan sekarang dia mencari FA yg boleh menjaga dia sebelum bsalin kerana dia memerlukan tempat tinggal .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum mcm mana keadaan kawan awak sekarang,dia perlukan suami ke

      Delete
    2. boleh saya tau prosedur kemasukan? asap

      Delete
    3. Sis cari family angkat tak boleh wasap sy 601139165812

      Delete
  14. Assalamualaikum Puan, saya dah email tapi no respon, boleh tau bantuan ni still ada ke? if ada, prosedur kemasukan macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasap saya +60 11-3916 5812 kalau perlukan family angkat

      Delete